WELCOME

WELCOME TO WE WEBSITE OFFICAL
SALT FISH ENTERPRISE

Saturday, March 27, 2010

lambaian cinta......

cinta terukir dengan keikhlasan,

keikhlasan membawa cinta merantau;

merantau dipantai kebahagiaan,

bahagia yang membawa terbinanya mahligai.



cinta itu indah,

seindah lambaian syurga;

cinta itu khayalan,

khayalan yang membuat manusia terlena.



cinta itu terukir indah,

keindahan yang mengasyikkan;

umpama lautan yang indah,

belaian sang ombak yang melembutkan.



cinta apabila ditafsirkan dengan tajam maka terbit la pelbagai tafsiran yang mungkin menjadi seseorang itu sedar dengan pengertiannya. bagi setengah manusia mudah terperdaya dengan mainan cinta.

cinta bukan la perkataan yang ringkas dari segi pengertian tetapi ia amat menguji sesiapa sahaja. pengertian yang rumit ini boleh membawa satu harapan bagi yang faham dengan kerumitan cinta. bagi yang baru melangkah kearah permahaman itu perlu mengerti dengan maksud cinta yang sebenarnya. cinta bukan mainan yang direka dengan mudah. justeru, amatlah penting untuk memahami cinta. cinta tidak wujud dalam mana-mana kamus didunia ni tetapi wujud dalam hati dan jiwa seseorang.

cinta bermula dengan sejarah yang agak panjang. sejarah ini begitu berat untuk difahami. sejarah cinta bermula dari syurga. penyatuan dua hati menjadi satu. penyatuan cinta adam dan hawa.

No comments:

Post a Comment