WELCOME

WELCOME TO WE WEBSITE OFFICAL
SALT FISH ENTERPRISE

Tuesday, January 25, 2011

waktu lara

kulukis segala luka lara,
ibarat tersesat di alam nyata;
kupasti tidak bertemu jalan keluar,
ini kerana sukar untuk berpatah balik.

hari ini aku pasti bangkit,
mencari kejayaan;
setelah lama mendapat kegagalan.

yang pastinya kita tidak perlu undur, kita harus maju kedepan walaupun pelbagai rintangan yang datang.

Wednesday, January 12, 2011

LAKARAN AZAM BARU

assalammualaikum, pembuka buku baru tahun baru 2011,
menjelangnya tahun baru ini maka pelbagai imbasan dan sejarah yang ditinggalkan pada tahun lepas pastinya akan melakarkan arah tujuan yang tersendiri.
ada antara kenangan yang indah dan ada antaranya kenangan yang pahit. yang pastinya kenangan itu membentuk segala impian.
apabila munculnya tahun baru banyaklah perubahan yang berlaku.
yang paling ketara adalah usia seseorang. pastinya kita melangkah ke alam baru, yang prasekolah melangkah ke sekolah rendah, yang di darjah 6 melangkah ke sekolah menengah.
itulah permainan hidup.