WELCOME

WELCOME TO WE WEBSITE OFFICAL
SALT FISH ENTERPRISE

Monday, March 29, 2010

cinta pandang pertama

syahdu malam ini,
memukau sesiapa sahaja;
bilaku bayangkan,
keayuan wajahnya.

akan tetapi,
aku rasa diri ini;
bagai ingin berlari ke langit,
untuk meluahkan rasa cinta di hati.

hakikatnya,
aku rasa gementar;
gementar untuk meluahkan,

getaran jiwa kurasa,
memanah hatiku;
membuatku lemah,
lemah bagai tak bermaya.

Sunday, March 28, 2010

MEMORI CINTA SUCI

Kisah cinta bermula dari Adam dan Hawa yang ditemukan Tuhan jodoh ketika disyurga. Bermulalah cinta mereka, oleh kerana hasutan Iblis yang mahu mereka memakan sejenis buah yang telah dilarang oleh Tuhan. Oleh kerana mereka ingkat dengan perintah Tuhan maka mereka telah dicampakkan ke dunia. Adam tercampak di Rom manakala Hawa tercampak di Mesir. Kerana jodoh yang kuat dan cinta yang suci anatara mereka maka mereka telah ditemukan semula di sebuah bukit di Padang Arafah. Bukit itu merupakan bukit yang menjadi lambang cinta suci antara Adam dan Hawa. Kecucian cinta mereka direstui oleh Tuhan.

Ketulusan, keikhlasan, kecucian dan kukuhnya jodoh seseorang itu adalah lambang cinta suci dan diredhai oleh Tuhan. Kejujuran dan ketabahan menghadapi segala cabaran dan dugaan merupakan cinta yang suci dan murni. Selain itu cinta suci juga perlu ada kesabaran dan kesetiaan yang kehidupan. Ketulusan, keikhlasan, kecucian, kejujuran, ketabahan, kesabaran dan kesetiaan adalah cinta suci yang akan mengekalkan perhubungan. Jangan diikutkan nafsu semata-mata. Kerana nafsu akan merosakkan cinta yang suci.

Saturday, March 27, 2010

lambaian cinta......

cinta terukir dengan keikhlasan,

keikhlasan membawa cinta merantau;

merantau dipantai kebahagiaan,

bahagia yang membawa terbinanya mahligai.



cinta itu indah,

seindah lambaian syurga;

cinta itu khayalan,

khayalan yang membuat manusia terlena.



cinta itu terukir indah,

keindahan yang mengasyikkan;

umpama lautan yang indah,

belaian sang ombak yang melembutkan.



cinta apabila ditafsirkan dengan tajam maka terbit la pelbagai tafsiran yang mungkin menjadi seseorang itu sedar dengan pengertiannya. bagi setengah manusia mudah terperdaya dengan mainan cinta.

cinta bukan la perkataan yang ringkas dari segi pengertian tetapi ia amat menguji sesiapa sahaja. pengertian yang rumit ini boleh membawa satu harapan bagi yang faham dengan kerumitan cinta. bagi yang baru melangkah kearah permahaman itu perlu mengerti dengan maksud cinta yang sebenarnya. cinta bukan mainan yang direka dengan mudah. justeru, amatlah penting untuk memahami cinta. cinta tidak wujud dalam mana-mana kamus didunia ni tetapi wujud dalam hati dan jiwa seseorang.

cinta bermula dengan sejarah yang agak panjang. sejarah ini begitu berat untuk difahami. sejarah cinta bermula dari syurga. penyatuan dua hati menjadi satu. penyatuan cinta adam dan hawa.

Thursday, March 25, 2010

cinta sejati

cinta,
satu nama yang sukar ditafsir;
cinta,
perngertian yang mendalam.

cinta,
keindahan yang berbunga;
cinta,
imaginasi yang matang.

sejati,
erti kesetiaan;
sejati,
penuh dengan liku.

sejati,
pengertian yang payah;
sejati,
antara kematangan.

sukar diertikan dengan bahasa yang mudah. cinta dan sejati memberi makna yang tersendiri.
yang pastinya hanya satu perkara yang memerlukan akar yang dalam.
cinta dan sejati memberi makna yang berbunga-bunga jika digabungkan.

ia akan menjadi cinta sejati.

cinta sejati,
lambang keutuhan murni;
lafasnya pernuh dengan erti,
erti yang mencabar sesiapa sahaja.

tafsiranya amat bererti,
kerana ketulusan hati seseorang;
hati yang suci,
sesuci air yang jernih.

cinta sejati,
melambangkan kemurnian;
yang pasti dapat ditafsirkan,
pentafsiran yang sempurna.

Monday, March 22, 2010

mahligai idaman.

inginku serahkan cincin ini sebagai tanda cinta yang tulus dan ikhlas dari seorang pencinta.


akanku ciptakan mahligai bahagia,

akanku semaikan taman cinta;

akanku tuaikan kasih sayang,

akanku bina mahligai indah.



inginku sematkan rasa cinta,

inginku memilikimu dengan tulus;

inginku cipta teratak indah buatmu,

dengan hati yang tulus aku korbankan segalanya untuk memilikimu.



sesungguhnya cincin ini sebagai hiasan sahaja tapi ada makna yang tersurat didalam sebentuk cincin. makna yang tidak dapat ditafsir hanya berpandukan buku atau kamus semata-mata sahaja tapi ditafsir melalui akar fikiran yang waras.



sesungguhnya, cinta yang terbaik adalah cinta sejati. cinta sejati datang dari hati yang suci. seandainya cinta itu datang terimalah dengan ikhlas.

Thursday, March 18, 2010

luahan hati seorang perantau

sudah lamaku merantau akhirnya aku temui gerbang yang indah. gerbang ituku capai dengan gagahnya.


Saturday, March 13, 2010

sejarah hidupku


pada 19 april 1987 aku dilahirkan, kelahiran pada ketika itu disambut dengan penuh kesyukuran. menjelang tahun 1990 aku dikejutkan dengan kehilangan yang amat berharga iaitu kematian ayahku yang di sayangi. hilangnya tiada penganti buatku. pada masa itu aku tidak mengerti dengan kehilangan itu. kini usiaku mencecah 23 tahun, sudah hampir 20 tahun kukehilangannya. yang pastinya aku dapat melupakannya walaupun hakikatnya dia tidak akanku lupakan sehingga ke akhir hayatku. bilaku merinduinya aku akan menatap potretnya untuk tempoh yang lama. bilaku tatap potretnya airmataku mengalir sedih kerana aku hanya dua tahun sahaja bersua dengannya. kini hatiku sepi bila terbayangkan wajahnya jika dia masih hidup tentu dia melihat kejayaanku ini...
dimanakanku cari ganti sesungguhnya Tuhan maha menyayangi. hanya kukirim doa buat ayah yang tercinta.
AL-FATIHAH.......

hidup ini part2



sebagai ringkasan yang pastinya setiap individu berhak mendapatkan apa yang diinginkan. akan tetapi untuk melakukan sesuatu perkara itu individu tersebut perlulah berhati-hati dan memilih perkara yang betul justeru itu, individu perlu menggunakan akal untuk melakukan sesuatu perbuatan sebelum terlambat.





hari ini, kita lihat ramai pihak yang tidak tahu mengenai akal fikiran yang mereka miliki. seharusnya kita tahu apa yang kita fikirkan dan apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat.



hidup ini ibaratkan roda yang berputar-putar kadang-kadang putarannya perlahan, kadang-kadang putarannya pantas dan tidak kita jangkakan.
jadi fikir-fikirlah supaya kita tidak tersesat dengan arus pembangunan dan teknologi kini.

Friday, March 12, 2010

hidup ini part1

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran,
yang pastinya tiada yang dapat menduga apa yang akan berlaku pada kehidupan ini.
kesinambungan dalam kehidupan pasti akan dapat dimanfaatkan...
adakah aku pasti apa yang diinginkan dalam memenuhi kehidupan ini.
zaman sekarang penuh dengan teknologi bererti penuh dengan cabaran dan dugaan...
teknologi yang bertambah pesat ini pasti akan mengundang pelbagai musibah.
tanpa diduga teknologi memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat umum khususnya remaja yang baru ingin mengenali dunia........

hari ini banyak perkara yang berlaku pada masyarakat umum. khususnya anak muda yang merupakan pewaris masa depan negara.
pelbagai perkara berlaku antaranya kegiatan jenayah yang kian meningkat serta semseng jalanan. kita berharap agar pihak yang terlibat dapat membendung gejala yang tidak bermanfaat ini.