WELCOME

WELCOME TO WE WEBSITE OFFICAL
SALT FISH ENTERPRISE

Thursday, April 22, 2010

malaysiaku

 Malaysia negara yang maju. Malaysia mempunyai pelbagai kaum, bahasa, agama dan adat. bagiku Malaysia adalah negara yang tiada tandingan dari negara lain. bertuahnya Malaysia kerana sudah 54 tahun merdeka. kini Malaysia telah memiliki satu lagi pimpinan yang baru iaitu 1 Malaysia. Malaysia adalah tanah kelahiranku. Segala kemajuan yang tercapai akan menjadi kebanggaan bersama oleh generasi yang akan datang.
1 SUARA, 1 BANGSA, 1 IMPIAN, 1 HARAPAN,
1 MALAYSIA


Saturday, April 17, 2010

indahnya hidup......

assalammualaikum wbt.....
alhamdulillah..
hari ini penuh dengan sejarah yang tidak dapatku lupakan apabila hari yang indah aku lalui dengan penuh cabaran. maka hari ini adalah hari yang bersejarah bagiku.sejarah yang indah ini inginku kongsikan bersama-sama. walaupun berat untukku ceritakan tetapi akanku pikul beban ini. cerita ini bermula semenjakku dilahirkan lagi. aku lahir memang tepat pada hari ahad tahun 1987 bulan april. pada masa kelahiranku, aku disambut dengan azan. mungkin aku belum mengerti lagi tentang kelahiranku ini. kita mungkin tidak mengerti apabila kita masih lagi bayi. kita hanya mengerti untuk menanggis sahaja. apabila kita sudah dewasa mungkin kita akan mengerti tentang kehidupan ini. itulah yang berlaku ke atasku. pengertian ini tidak sama dengan sesiapa pun. dalam masyarakat dunia yang penuh cabaran ini sudah tentu pengertian yang amat payah untuk seorang manusia yang bergelar pelajar. pasrahku telan bila berhadapan dengan cabaran kehidupan. hari ini menjelang tiba pastinya hari yang menjadi sejarah untuk hari esok.

Tuesday, April 13, 2010

fakta cinta.


cinta bermain di fikiran anak muda. yang pastinya dengan adanya cinta hidup ini ibarat syurga. apa yang pasti mereka yang tidak bercinta ibarat mereka yang masih didalam tempurung kelapa. ibarat katak dibawah tempurung. cinta yang pasti wujud adalah cinta monyet. cinta ini adalah cinta yang tidak kekal lama. ia berlaku dikalangan remaja sekolah.
sebentuk cincin ini lambang cinta yang kekal abadi. cinta bukan lahir dari cincin yang cantik tapi cinta lahir dari hati yang murni.

Thursday, April 8, 2010

kisah suka duka

bermulanya kata melafaskan satu ucapan yang panjang lebar, hari demi hari tetap menjadi cabaran dan dugaan, yang pastinya tiada yang boleh menjadi kata-kata. jika ada suka mesti ada duka. dua kata yang pastinya serupa. kata-kata ini menjadi sandaran hidup. suka adalah kata yang diucapkan dengan penuh perasaan, kata ini pasti menjadi inspirasi kepada ramai pihak, antara ayat yang pasti dilafaskan adalah "saya suka awak". yang pastinya kata ini menjadi sumber yang berguna. akan tetapi kata duka sukar dilafaskan dengan singkat tetapi perlu ada penerangan yang pasti. apa yang kita katakan dan lafaskan mestilah ada tujuan yang pasti. jadi, lafaslah dengan tujuan yang sudah ditetapkan dalam imaginasi.......

Monday, April 5, 2010

ROKOK.........................

jika ditafsir secara mendalam rokok adalah benda yang dihisap. apabila ia dihisap mungkin ia mendatangkan bahaya terutamanya kepada kesihatan manusia. tetapi masih ramai yang tidak memahami peranan rokok yang membahayakan kesihatan. ramai yang menganggap rokok adalah penyegar diri dari stress dan juga rokok juga boleh menenangkan diri seseorang bila berdepan dengan masalah. rokok boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kebaikan dan keburukan. kebaikan rokok adalah rokok merupakan tempat untuk melepaskan kemurungan, tekanan dan masalah. akan tetapi keburukan rokok pula hanya tertumpu kepada merbahaya. inilah yang menyebabkan betapa rokok menjadi pilihan lapisan rakyat malaysia dan seluruh dunia. mereka menganggap rokok adalah penyelesai segala masalah padahal rokok membahayakan kesihatan. bagi mereka yang cetek ilmunya tentang rokok maka mereka menganggap bila merokok orang akan anggap mereka hebat. bagi yang mempunyai ilmu yang luas tentang rokok mereka menganggap rokok itu penyelesai masalah mereka. akan tetapi bagi remaja yang lebih kurang sama dengan yang cetek ilmu atau tak tahu mahupun tak ambil tahu tentang rokok, mereka menganggap diri mereka sudah dewasa bila merokok. insaflah pembaca sekalian bahawa rokok bukan sahaja merbahaya tetapi pembunuh yang kejam kepada manusia. jadi carilah ilmu untuk tidak terjebak dengan gejala sosial yang melibatkan rokok.
pesanan ringkas................................................

dari kerajaan malaysia
merokok merbahaya kesihatan
tambahan dari secretagent87
merokok merbahaya kesihatan walaupun terdapat kebaikan.
jadikan keburukan perkara utama dalam rokok.

Friday, April 2, 2010

kritikan sastera.................

ini bukan untuk mengata atau mengkritik tetapi memberi pendapat yang bernas. pendapat ini adalah pendapat seni hiburan terutamanya Filem. FILEM MALAYSIA vs FILEM HOLLYWOOD. ingin saya nyatakan di sini adalah filem malaysia sekarang ini menghampiri filem hollywood. akan tetapi filem malaysia memiliki kelemahan yang amat ketara berbanding filem hollywood. kelemahan ini adalah dari segi filem aksinya yang sama sahaja dengan filem lain sebagai contoh baru-baru ini filem V3 samseng jalanan dan filem Evolusi KL drift. kedua-duanya seakan sama sahaja. walaupun ada kelemahan ini tetapi masih ada kelebihan tersendiri. kelebihan ini walaupun tidak banyak tetapi perlu diperbaiki. untuk menjadikan filem malaysia yang diterima masyarakat luar perlu tarikkan minat rakyat malaysia sendiri. jika mahu membuat filem aksi maka jangan terlalu banyak dialog tetapi banyakan aksinya. itu barulah filem aksi.