syahdu malam ini,
memukau sesiapa sahaja;
bilaku bayangkan,
keayuan wajahnya.
akan tetapi,
aku rasa diri ini;
bagai ingin berlari ke langit,
untuk meluahkan rasa cinta di hati.
hakikatnya,
aku rasa gementar;
gementar untuk meluahkan,
getaran jiwa kurasa,
memanah hatiku;
membuatku lemah,
lemah bagai tak bermaya.
No comments:
Post a Comment