WELCOME

WELCOME TO WE WEBSITE OFFICAL
SALT FISH ENTERPRISE

Sunday, July 4, 2010

senyum

senyum bilaku melihat gelagat rakan sekelasku.
inginku luahkan adalah kerinduanku pada suasana kelas bagi sem 7. sem 7 adalah sem yang paling last bagi teori yang pastinya aku terkenangkan gelagat rakan-rakan yang pastinya membuatku menimbulkan perasaan yang pelbagai. kadang kala aku merasa bosan di dalam kelas ketika lecturer mengajar kerana setiap yang dipaparkan tidak menarik minat langsung. akan tetapi apabila melihat karenah rakan-rakanku keadaan kelas menjadi tidaklah begitu bosan. indahnya ketika itu. kenangan itu akan tetap di hatiku walaupun hidupku tidak lama.
ada juga lecturer yang berusaha menarik minatku dan rakan-rakan namun sesetengah rakan-rakanku seperti tidak tertarik dengan pemelajarannya. kadangkala aku senyum bila melihat gelagat lecturer yang bersungguh-sungguh mengajar walaupun pelajarnya tidak ada minat untuk mendengar pemelajarannya.

Saturday, July 3, 2010

bicara cinta

cinta satu lafaz yang sukar untuk ditafsir. yang pastinya cinta yang terbaik adalah cinta yang tulus. bagaimana untuk menghasilkan cinta yang tulus? apakah caranya? semua persoalan ini tidak akan terjawab jika seseorang itu tidak berusaha untuk mencarinya. yang pastinya cinta yang tulus akan melahirkan perasaan kasih sayang yang berpanjangan.