WELCOME

WELCOME TO WE WEBSITE OFFICAL
SALT FISH ENTERPRISE

Showing posts with label cafecyber. mahkota cheras. Show all posts
Showing posts with label cafecyber. mahkota cheras. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

LAKARAN AZAM BARU

assalammualaikum, pembuka buku baru tahun baru 2011,
menjelangnya tahun baru ini maka pelbagai imbasan dan sejarah yang ditinggalkan pada tahun lepas pastinya akan melakarkan arah tujuan yang tersendiri.
ada antara kenangan yang indah dan ada antaranya kenangan yang pahit. yang pastinya kenangan itu membentuk segala impian.
apabila munculnya tahun baru banyaklah perubahan yang berlaku.
yang paling ketara adalah usia seseorang. pastinya kita melangkah ke alam baru, yang prasekolah melangkah ke sekolah rendah, yang di darjah 6 melangkah ke sekolah menengah.
itulah permainan hidup.

Thursday, June 3, 2010

pembukaan bulan Jun

awal bulan ini pelbagai peristiwa berlaku terumanya di sarawak kaum entik bumiputra sarawak terutamanya kaum dayak merayakan hari gawai pada 1 Jun lepas. meriah sungguh hari itu tak terkata meriahnya. pelbagai aktiviti yang diadakan di sarawak. bulan ini juga akan dimeriahkan dengan sambutan ulangtahun keputeraan YDPA.

Thursday, May 6, 2010

buka bulan Mei

bulan ini bulan mei. wow! cepat sungguh bulan berlalu pejam celik sudah sampai bulan yang kelima. kalau difikirkan hanya selang tujuh bulan sahaja lagi untuk tahun ini.

Monday, April 5, 2010

ROKOK.........................

jika ditafsir secara mendalam rokok adalah benda yang dihisap. apabila ia dihisap mungkin ia mendatangkan bahaya terutamanya kepada kesihatan manusia. tetapi masih ramai yang tidak memahami peranan rokok yang membahayakan kesihatan. ramai yang menganggap rokok adalah penyegar diri dari stress dan juga rokok juga boleh menenangkan diri seseorang bila berdepan dengan masalah. rokok boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kebaikan dan keburukan. kebaikan rokok adalah rokok merupakan tempat untuk melepaskan kemurungan, tekanan dan masalah. akan tetapi keburukan rokok pula hanya tertumpu kepada merbahaya. inilah yang menyebabkan betapa rokok menjadi pilihan lapisan rakyat malaysia dan seluruh dunia. mereka menganggap rokok adalah penyelesai segala masalah padahal rokok membahayakan kesihatan. bagi mereka yang cetek ilmunya tentang rokok maka mereka menganggap bila merokok orang akan anggap mereka hebat. bagi yang mempunyai ilmu yang luas tentang rokok mereka menganggap rokok itu penyelesai masalah mereka. akan tetapi bagi remaja yang lebih kurang sama dengan yang cetek ilmu atau tak tahu mahupun tak ambil tahu tentang rokok, mereka menganggap diri mereka sudah dewasa bila merokok. insaflah pembaca sekalian bahawa rokok bukan sahaja merbahaya tetapi pembunuh yang kejam kepada manusia. jadi carilah ilmu untuk tidak terjebak dengan gejala sosial yang melibatkan rokok.
pesanan ringkas................................................

dari kerajaan malaysia
merokok merbahaya kesihatan
tambahan dari secretagent87
merokok merbahaya kesihatan walaupun terdapat kebaikan.
jadikan keburukan perkara utama dalam rokok.

Friday, April 2, 2010

kritikan sastera.................

ini bukan untuk mengata atau mengkritik tetapi memberi pendapat yang bernas. pendapat ini adalah pendapat seni hiburan terutamanya Filem. FILEM MALAYSIA vs FILEM HOLLYWOOD. ingin saya nyatakan di sini adalah filem malaysia sekarang ini menghampiri filem hollywood. akan tetapi filem malaysia memiliki kelemahan yang amat ketara berbanding filem hollywood. kelemahan ini adalah dari segi filem aksinya yang sama sahaja dengan filem lain sebagai contoh baru-baru ini filem V3 samseng jalanan dan filem Evolusi KL drift. kedua-duanya seakan sama sahaja. walaupun ada kelemahan ini tetapi masih ada kelebihan tersendiri. kelebihan ini walaupun tidak banyak tetapi perlu diperbaiki. untuk menjadikan filem malaysia yang diterima masyarakat luar perlu tarikkan minat rakyat malaysia sendiri. jika mahu membuat filem aksi maka jangan terlalu banyak dialog tetapi banyakan aksinya. itu barulah filem aksi.

Monday, March 29, 2010

cinta pandang pertama

syahdu malam ini,
memukau sesiapa sahaja;
bilaku bayangkan,
keayuan wajahnya.

akan tetapi,
aku rasa diri ini;
bagai ingin berlari ke langit,
untuk meluahkan rasa cinta di hati.

hakikatnya,
aku rasa gementar;
gementar untuk meluahkan,

getaran jiwa kurasa,
memanah hatiku;
membuatku lemah,
lemah bagai tak bermaya.